TIPS KURANGKAN SAKIT KEPALA TANPA UBAT.

TIPS KURANGKAN SAKIT KEPALA TANPA UBAT.

Ramai diantara kita yang mengalami sakit kepala sama ada beberapa jam atau berhari-hari lamanya. Lebih lagi dalam situasi mencabar bekerja dari rumah, anak anak belajar online  contohnya. 

Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat. Ia boleh terjadi disebabkan beberapa perkara, termasuklah tekanan (tension headache). 

Ia membantu meredakan sakit kepala sebelum ke klinik. Beberapa tips boleh digunakan bagi mengurangkan sakit ini terus berlaku sebelum mengambil sebarang ubat tahan sakit seperti panadol.




  • ESSENTIAL OILS.

Minyak aromaterapi atau essential oil dapat menjadi alternatif untuk meredakan sakit kepala. Terdapat beberapa jenis essential oil yang sesuai untuk bantu legakan sakit kepala, seperti Lavender, Peppermint, atau blended Essential Oil Narinar SIDRIE.

Aroma itu membantu mempengaruhi pusat emosi dan memori sistem otak kita. Hasilnya, otak akan mengirimkan signal kepada organ tubuh lain untuk dapat lebih rileks, termasuk meredakan sejumlah gejala sakit.

Boleh digunakan dengan diffuse atau urutan lembut dibahagian tertentu seperti, belakang leher , titik tengah antara kedua kening, tample iaitu sisi kiri kanan kepala. 

  • GUNAKAN LIMAU KASTURI.

Ini cara hilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama.Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut.Sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit.

Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.

  • GUNAKAN AIS PACK

Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau “numb”.Jika tiada pek ais, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasar raya dengan tuala kecil.Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.

  • JAUHI MSG

Pernah dengar atau tidak dialog ini, “Aku rasa, aku sakit kepala ni sebab kedai makan tadi tu letak banyak sangat Ajinomoto”.Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa.

Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan.

Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati makanan yang mengandungi MSG yang tinggi  hingga mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat ia merangsang neuron.

Kami tidak kata MSG itu tidak bagus sama sekali. 

Cuma, kurang-kurangkan pengambilan jika masak di rumah. Lebih baik jika hindari sepenuhnya!

  • REHATKAN DIRI DENGAN SUASANA TENANG 

Orang kata, tidak elok makan ubat selalu. Apa kata kita tahan buat sementara waktu.Apabila sakit kepala menyerang dan anda berada di tempat yang sesuai untuk berehat seperti di rumah, apa kata anda baring seketika di tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi yang bising.Walaupun anda hanya dapat rehat selama 30 minit sekalipun, ia sedikit sebanyak dapat melegakan sakit kepala tersebut.

Suhu sekeliling dan aroma yang lembut membantu mengurangkan denyutan sakit kepala. Gunakan aromaterapi essential oil lavender atau peppermint membantu mempercepatkan kurang sakit.

  • CUKA EPAL ATAU EPAL

Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala.Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala.Bukan itu sahaja, cukai epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan.

Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak.Alternatif lain, letakkan 3 hingga 4 sudu cuka epal dalam air suam. Basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit.

 

  • MINUM AIR ELEKTROLIT.

Tidak kurang juga ada orang meemberitahu sakit kepala boleh dikurangkan dengan meminum air elektrolit, seperti 100 Plus dan Revive.Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala.

Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang agak tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Cukuplah sekadar dapat mengatasi sakit kepala tadi dan bukan jadikannya minuman harian.

  • RENDAM KAKI DALAM BEKAS AIR SUAM 

Lagi satu cara hilangkan sakit kepala dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air suam. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.

Titiskan Essential Oil dapat lebih manfaat. Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Back to blog