Tips makanan pejal untuk bayi 6 bulan

Tips makanan pejal untuk bayi 6 bulan

Bila bayi dah masuk 6 bulan, sudah tiba masanya dia belajar lagi banyak. Masa ini, usus bayi sudah mampu proses makanan pejal. Dapat 1-2 suap setiap hari pun dapat bantu si comel dari jadi picky eater.

Mommies tahu tak bila si comel makan makanan yang pelbagai rasa, warna dengan tekstur yang pelbagai sebenarnya sangat membantu tumbesarannya tau. Si comel akan membesar dengan daya ingin tahu yang tinggi.

Ini 5 klu atau tanda bayi mommies bersedia untuk makan makanan pejal.

1 – Sangat berminat dengan makanan bila mommies makan

Bayi yang sudah bersedia makan makanan pejal akan jadi semakin berselera. Mereka akan berminat dengan semua makanan yang mommies dan daddies makan. Bayi juga minat rasa semua benda yang dia temui.

 

2 - Boleh kawal pergerakan kepala

Bayi yang sudah bersedia makan makanan pejal sudah boleh kawal pergerakan kepala. Mereka sudah boleh angkat kepala dan kekalkan posisi tu terutama bila mereka cuba ambil makanan dari anda!

 

3 – Sudah mampu duduk dengan tegap tanpa bantuan

Bayi yang sudah bersedia makan makanan pejal sudah mampu duduk dengan tegap tanpa bantuan anda. Mereka sudah boleh diajar untuk duduk sebelum anda beri makanan. Comel kan?

 

4 – Bayi sudah pandai mengunyah

Mulut dan lidah bayi akan berkembang jadi selari dengan satu sama lain. Bayi tidak akan keluarkan balik makanan atau tujah lidah bila disuapkan makanan. Mereka juga akan mampu telan makanan dengan baik.

 

5- Berat badan naik dengan ketara

Mommies dah rasa bayi makin berat. Berat bayi akan bertambah dua kali ganda dari beratnya semasa dilahirkan.

 

Jika mommies perhatikan 5 klu ini ada pada bayi mommies. Sudah tibalah masanya dia belajar makan makanan pejal disamping susu ibu. Mulakan dengan makanan lembut dulu seperti buah dan sayuran yang sudah di kisar.

Boleh mulakan dengan 1 jenis dalam 1 masa kemudian campurkan 2 bahan dan seterusnya lebih banyak bahan dalam satu hidangan. Cara ini akan menambah pengetahuan rasa dalam minda si comel.

Jika anda atau pasangan mempunyai alahan makanan seperti produk tenusu, kekacang atau makanan laut, elakkan beri bayi anda makanan tersebut. Dia mungkin alah juga pada makanan tersebut.

Anda boleh berikan makanan alahan tersbut bila bayi sudah lebih besar seperti 2 tahun ke atas untuk melihat alahan mereka pada makanan tersebut.

Back to blog