Anda masih tercari-cari maklumat tentang apa itu diffuser? Diffuser adalah alat ultrasonik yang mengeluarkan kabus melalui semburan. Ia amat padan digunakan dengan aroma terapi melalui titisan ke dalam set Diffuser. Sensasi daripada semburan ini mengeluarkan molekul yang disebarkan ke udara yang berperanan melegakan stress dan menyegarkan tubuh badan.
Kini Narinar telah mengeluarkan 2 pilihan diffuser untuk kegunaan anda. Iaitu Nanion Diffuser dan Modi Diffuser. Set Diffuser dengan fungsi yang hampir sama. Cara penggunaan yang hampir sama.Perbezaan hanya dari segi bentuk dan rupa sahaja.
Nanion rekaan yang lebih classic dan vintage menghidangkan pilihan yang menarik dengan bentuknya menyerupai bawang yang lebih dekat dengan alam semulajadi. 3 pilihan yang mampu memikat hati penggemarnya dengan warna Light Wood, White dan Dark Wood. Nanion hanya memerlukan 5-10 titisan aroma terapi pilihan ke dalamnnya untuk dipasang dan digunakan.
Manakala Modi lebih kecil dan ringan dengan rekan bentuk elegent. Mempunyai 2 pilihan warna iaitu Black & Rose Gold. Pasti memikat anda dengan kemudahannya yang hanya menggunakan USB untuk dipasang serta boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Set Diffuser Modi hanya menggunakan 1-2 titisan aroma terapi pilihan ke dalamnya untuk dipasang. Sangat senang digunakan bertepatan dengan temanya Anytime Any Where.
Bagi penggemar set diffuser yang lebih mengutamakan penggunaannya di rumah anda sesuai memiliki Nanion Diffuser.
Jika anda seorang yang kaki travel dan lebih suka berada di luar rumah sudah pasti Modi Diffuser akan menjadi pilihan ideal anda. Ia boleh dipasang ketika di dalam kereta, di pejabat, di rumah mahupun ketika beriadah bersama keluarga di taman rekreasi.
Sesuai dengan keperluan anda para penggemar Set diffuser yang telah menikmati manfaatnya. Pilihan ditangan anda. Hubungi konsultan kami sekarang untuk mendapatkan set diffuser pilihan anda. atau layari www.narinar.com untuk membuat tempahan.