Fauziah Ramali

013-4287300

Parlimen: Tangga Batu, Melaka

No. Telefon: 013-4287300

Hai assalamualaikum.
Nama diberi fauziah bt Ramali. Nama glamour ala-ala retisnya acut... Nama manja orang cakap. Nama dari kecik..mesti pelik kan mana datang acut tu…hik3. Asal orang Melaka dan duduk pun melaka, bumi hang tuah. Di mana segalanya bermula.
Acut kenal Narinar nie masa awal-awal dari officemate. Sebelah meja jerk ha..Tuan Hidhir. Masa tu nama asal Narinar FT nie nyaman oil. Sebab kn budaya suka support kawan2 berniaga beli la, mencuba tak salah kan. Masa tu beli 3 botol kongsi 3 orang dapat murah skit kan.

Masa beli tu cuba guna dekat anak yang 1st. Si kakak pada tahun 2016. Masa itu die 4 tahun dan dah mula anto sekolah dan duduk taska. Dari pagi sampai ler ke petang. Boleh kata setiap minggu kakak batuk dan selsema. Kecian sangat la memang hari-hari bekal ubat pergi sekolah. Sampai die sendiri bosan dan cakap. Ibu kesian dekat baby ler asyik kena makan ubat jerk. Mau tak touching ibu kan bila anak cakap gitu ko. Masa tu die la emas intan dan payung. Anak sorang lagi masa tu. Ye la sayang, ibu layan kan. Alhamdulillah cuba apply NarinarFT menjadi plak tu.

Nak jadikan cerita rezeki tahun tu juga pregnant anak ke 2. Acut pulak lain kisah nya. Orang lain sibuk morning sickness. Kita nie ha, evening sickness. Demam migrain selsema batuk setiap hari ko.. sepanjang mengandung. Redho jerk la. Besar pahalanya kan. Nikmat nak jadi ibu nie bukan senang. Setiap anak lain-lain pengalamannya. Tak berani nak makan ubat punya pasal amek jerk minyak si kakak tu buat sapu. Alhamdulillah memang menjadi la. Sapu setiap mlm. Lepas isyak terus masuk bilik sambil sapu minyak. Memang teman rapat sepanjang masa la. Boleh cuba amal kan. inshaAllah selamat untuk para ibu yang menagndung.

So bila keluar jerk si adik anak no.2 nie dah lega ha. Memang dah siap standby sentiasa. Buat sapu harian sentiasa la minyak tu. Alhamdulillah satu rumah serasi la guna. Anak-anak pulak sekarang nie duduk taska dari pagi sampai petang. Lagi la nak kena ada perisai untuk sistem daya tahan mereka kan. Kalau kena selsema batuk tu inshaAllah la sekejap jerk. Tak ada la sampai melarat nak makan ubat kerap setakat nie.

Acut asal nya guna jerk sendiri minyak nie. Tak ada niat pun nak menjual. Sambil-sambil tu promote juga la dekat jiran-jiran rumah yang ada anak kecik untuk beli. Macam biasa la stail nak berjimat cermat kan. Ajak jenjiran share beli sesema dapat murah…hahahaha..

Lastly permintaan jenjiran dah ramai baru ler terbuka hati start menjual secara
official. Kalo tak silap start bulan April 2017. Alhamdulillah bila kita dah guna sendiri, bila nak menjual tu feeling die lain sikit tau. Kita dapat selam sehabis dalam apa yang kita guna dan jual. Bukan semata-mata jual nak untung jerk hokey..

Dan kalo nak tahu nie ler 1st time acut jual dan berniaga secara online tau. Syukur sangat-sangat dapat join team narinar nie. Memang HQ ajar dari zero to hero la. Pulak tu dapat team yang sangat-sangat support dan supportive. Training online dan offline siap ade bagai. Nak dengan tak nak jerk la orang cakap kan.

Alhamdulillah bila kita ikhlas menjual dengan niat nak sebar manfaat dekat semua orang Allah permudahkan tau. Boleh kata setiap bulan la dapat reward jualan terbanyak. Walaupun time tu jual sebagai dropship..hik3..memang tak sangka betol. Sampai kan baru-baru nie Acut pergi Korea. Tu semua free tau dapat reward achiever dari narinar. Walaupun time tu acut jual sebagai dropship. Ini bukan tipu real story hokey. Boleh pm tepi kalo tak caya…

Kalau nak ikut kan alasan sampai kesudah tak habis. Macam mana acut boleh buat. Korang dekat luar sana lagi ler boleh buat. Banyak sangat kenangan perjalanan cerita Acut dengan Narinar nie..acut buka booth dekat taska, hari sukan, konvo sekolah dengan anak-anak tau. Siap buat terapi secara percuma lagi. Yang pergi COD jangan cakap la. Hangkut anak- anak sekali. Yang jauh tu minta suami tolong COD kan juga…hik3. Anak- anak la pembakar semangat untuk terus usaha dan bantu mommies dekat luar sana. Sampai kan anak-anak dapat gelaran maskot Narinar FT buat acut. Tak pe itu semua buat kita l agi kuat untuk sama-sama sebarkan manfaat dekat luar sana.

 

HUBUNGI STOKIS UNTUK MENJADI PENGEDAR/EJEN DI BAWAH BELIAU