Kualiti

Apakah grade Essential Oil Narinar?

Essential Oil Narinar ialah 100% pure grade, natural dan diekstrak daripada tumbuhan semulajadi serta tiada campuran bahan kimia sintentik lain. 

Bagi blend Essential Oil yang mengandungi carrier oil dengan tujuan boleh digunakan terus dan diuji di makmal, Narinar menggunakan carrier oil yang juga natural, tanpa bahan kimia campuran.

Tiada kesepakatan umum atau badan tertentu yang memantau definisi therapeutic. Terma ini digunakan untuk membezakan Essential Oil yang memiliki sifat therapeutic (manfaat kepada kesihatan berdasarkan chemical component tumbuhan itu sendiri), berbanding fragrance oil contohnya perfume. Dengan menggunakan Essential Oil Narinar, anda juga mendapat manfaat therapeutic daripada produk kami. 

 

Bagaimana Narinar memastikan kualiti Essential Oil Narinar?

Di Narinar, kami mengawal kualiti produk seawal pemilihan Essential Oil itu sendiri. Kami sangat komited memastikan setiap rangkaian essential oil kami adalah 100% pure natural yang berkualiti tinggi melalui beberapa penelitian.

Ianya bermula daripada pemilihan peladang dan pembekal yang mempunyai pengalaman luas dan kepakaran mengenai Essential Oil. Kami menjalankan Certificate of Analysis (COA) atau Gas Chromatography/Mass Spectrometry (GC/MS) bagi Single Oil yang menyatakan hasil pengujian kualiti Essential Oil Narinar mengikut kualiti yang digariskan. Bagi Blend Essential Oil yang mengandungi carrier oil, Certificate of Analysis (COA) turut dijalankan.

Laporan GC/MS boleh didapati setiap bahagian produk Single Essential Oil. Sila hubungi Narinar HQ untuk mendapatkan laporan terperinci bagi setiap batch yang anda miliki. (Laporan ini akan berada di bahagian produk sebaik sahaja kami melancarkan Single Essential Oil dalam masa terdekat. Buat masa ini, sila rujuk di sini untuk ujian makmal yang telah dijalankan) 

Selain itu, kami mempunyai kontrak manufacturing line sendiri iaitu kilang dengan pensijilan ISO (International Organization for Standardization), GMP (Good Manufacturing Practice) & Halal. ISO certified yang dimaksudkan adalah kilang yang telah disahkan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Pertubuhan Antarabangsa bagi Standardisasi (ISO). Ini termasuk persekitaran pengurusan kilang, kaedah pengeluaran, dan kualiti pengeluaran kilang yang mencapai piawaian antarabangsa ISO. Good Manufacturing Practice (GMP) ialah pengiktirafan yang diberikan kepada pengilang yang menitik beratkan keselamatan pengguna dengan memastikan pengeluaran sesuatu produk berada dalam keadaan selamat serta terjamin.

Kami turut bekerjasama dengan makmal dengan menjalankan ujian tertentu bagi Blended Essential Oil terpilih mengikut fungsinya  Antara ujian yang dijalankan adalah seperti di bawah.   

  • Ujian Logam Berat dari SIRIM
  • Ujian Mikrobiologi dari SIRIM
  • Ujian Iritasi Kulit dari SIRIM
  • Ujian Kadar Toksin dari UPM
  • Ujian Anti Oxidasi dari UPM
  • Ujian Anti Inflimasi dari UPM
  • Ujian di makmal Halvec (makmal panel JAKIM) yang memberi keputusan bahawa Essential Oil Narinar bebas dari bahan terlarang seperti porcine.

 

 Adakah Essential Oil Narinar Halal?

Essential Oil Narinar telah menjalani ujian di makmal Halvec (makmal panel JAKIM) yang memberi keputusan bahawa Essential Oil Narinar bebas dari bahan terlarang seperti porcine.

Dari segi pengilangan, Essential Oil Narinar dikilangkan di kilang yang mempunyai pensijilan Halal, Good Manufacturing Practise (GMP) dan ISO.

 

Adakah Essential Oil Narinar organik?

Di Narinar, kami fokus untuk bekerjasama dengan peladang dan pembekal untuk mendapatkan Essential Oil berkualiti pada harga optimum. Ada sesetengah peladang kecil tidak memiliki pensijilan Organik, tetapi tetap mengamalkan operasi pertanian dan perladangan yang mesra alam. Oleh sebab ini, secara amnya Essential Oil Narinar tidak dikategorikan Organik.

Dengan itu, cara kami memastikan kualiti Essential Oil Narinar ialah melalui Certificate of Analysis (COA) , GC/MS dan ujian makmal terpilih.  

 

Adakah Narinar memiliki ladang sendiri?

Kami bekerjasama dengan pembekal dan peladang dalam memperoleh Essential Oil Narinar. Kerjasama bersama peladang terutamanya, sangat membantu kitaran ekonomi negara. Buat masa sekarang, Narinar tidak memiliki ladang sendiri. 

 

Adakah Diffuser Narinar Ultrasonik?

Ya, Diffuser Narinar merupakan ultrasonik. Iaitu tanpa menggunakan haba.
Ia menggunakan getaran yang memecahkan molekul Essential Oil ke udara bersama wap air.

 

Bagaimana Narinar memastikan kualiti Diffuser Narinar ?

Narinar bekerjasama dengan pengilang Diffuser dari kilang di luar Malaysia yang mempunyai pengalaman luas dalam pembuatan diffuser ultrasonik. Setiap diffuser diuji by batch oleh pihak Quality Assurance (QA) dan juga Quality Control (QC) kilang bagi memastikan diffuser yang dikeluarkan mencapai kualiti yang digariskan. Dengan kerjasama yang baik bersama pihak kilang, kami dapat menggariskan spesifikasi dan kualiti Diffuser yang mengikut keutamaan dan keselesaan pengguna di Malaysia.

Pengguna yang membeli diffuser Narinar mempunyai warranty selama 100 hari. Jika ada sebarang kerosakan, customer service sedia melakukan pemeriksaan dalam tempoh 3 hari bekerja. Selepas kerosakan diffuser disahkan, kami akan menggantikan diffuser yang baru untuk kepuasan hati pelanggan.

Diffuser Ultrasonik Narinar ialah mampu milik. Keutamaan kami ialah anda mendapat manfaat Essential Oil Narinar, melalui penggunaan Diffuser, pada harga yang tidak membebankan.

 

Bolehkah Blended Essential Oil Narinar yang mengandungi carrier oil digunakan bersama Diffuser Narinar ?

Boleh. Tahap pemecahan molekul Essential Oil bergantung kepada berat molekul (Molecular Weight) Essential Oil itu sendiri (salah satu faktor). Bagi Blended Essential Oil Narinar yang mengandungi minimal carrier oil, ratio campuran Essential Oil dan Carrier Oil masih membolehkan molekul Essential Oil dipecahkan ke udara. Ini adalah terhad kepada Blend Essential Oil Narinar sahaja kerana kami tahu seacara terperinci berapakah peratusan atau pun ratio setiap adunan. Sekiranya anda mengadun Essential Oil anda sendiri dan menggunakannya bersama diffuser, ia bergantung kepada berat molekul yang anda adunkan. Pihak Narinar tidak bertanggungjawab atas adunan Essential Oil anda sendiri, yang digunakan bersama Diffuser.

Narinar Frankie ialah lebih ‘berat’ berbanding Essential Oil Narinar yang lain, dan ia menghasilkan mist yang lebih kecil.

Untuk pengetahuan anda, ada juga sesetengah Essential Oil neat dengan berat molekul yang tinggi tidak sesuai untuk digunakan bersama diffuser contohnya Myrrh. Ini kerana berat molekul yang tinggi menyebabkan molekul itu sukar untuk dipecahkan ke udara.    .