NARINAR 2020 - MISI ANAK SEDUNIA!

 

Assalamualaikum NARINAR SQUAD JUARA! Apa khabar? Semoga sentiasa di bawah lindungan dan Rahmat kasih sayang Allah SWT.

 

Alhamdulillah beberapa jam sahaja lagi kita bakal melangkah ke tahun 2020 yang semestinya lebih gemilang bersama. Tahun baru, semangat baru dan matlamat yang lebih besar.

 

 

Jom kita ambil masa sejenak. Lihat kembali perjalanan 2019 kita. Bagaimana kuatnya kita tempuh segala cabaran sepanjang tahun ni. Orang yang tahu sejarah dan belajar dari sejarah, orang itu yang bakal cipta sejarah dirinya!

 

Yang pasti, setiap kejayaan 2019 terjadi dengan izin Allah. Dan andalah orang yang mencipta sejarah kejayaan itu. Saya tahu bukan mudah, semua kejayaan itu datang dengan pengorbanan, titik peluh, usaha tanpa sempadan.

 

D + U + I +T

Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal

Itu formula kejayaan InshaAllah.

 

Terima kasih seluruh keluarga NARINAR SQUAD. Kerjasama sepasukan dari andalah penyebab 31 000 ibu ayah mendapat manfaat NARINAR sepanjang 2019.  

 

Tahun 2020 kita memikul amanah yang lebih besar. Di bawah perjuangan #MisiAnakSedunia.

 

Misi ini ialah kompas kita untuk pastikan manfaat NARINAR sampai kepada 1 juta keluarga pada tahun 2020. Dan seterusnya kita akan ‘go global’ bersama-sama. InshaAllah.

 

Terima kasih kerana sama-sama memegang amanah ni sebaiknya – Misi Anak Sedunia. Anak sihat,bonding dapat.

 

Percaya pada diri, percaya yang peluang sentiasa ada di hadapan kita. Jatuh bangun, perit dan manisnya perjuangan, itu yang membentuk siapa diri kita. Terus bangkit!

 

Terima kasih sekali lagi. Tahun ini NARINAR berusia 3 tahun. Asbab anda, kita masih tegar dalam perjuangan ini. Moga semua usaha kita bersama memberi manfaat kepada jutaan ibu bapa, dan menjadi saham kita ke akhirat kelak.

 

Sebelum masuk tahun baru 2020, jom sama-sama kita kembali mengenal sejarah, apa penyebab NARINAR wujud dan bagaimana anda membawa NARINAR kepada yang wujud sekarang. Orang yang mengenal sejarah, ialah orang yang mencipta sejarah.

 

[Narinar 3 Tahun 2017-2019]

 

Akhir kalam, terus disiplinkan diri untuk KONSISTEN dan FOKUS. Dan jangan lupa jadikan rutin untuk TULIS 10 manfaat nak beri setiap hari.

 

Yang bertanggungjawab untuk kejayaan anda,

Love, Kak Erin & Semua Team Management Narinar 

P/S Tengok tau video ni tau [Narinar 3 Tahun 2017-2019]