Persoalan Am
Mengapakah terdapat perbezaan harga yang ketara antara Essential Oil Narinar dengan syarikat yang lain?
Terdapat banyak salah faham mengenai harga dan kualiti Essential Oil yang sering dipersoalkan. Ini juga merupakan salah satu sebab Narinar bermula, apabila kami sedar yang Essential Oil berkualiti dengan kesan therapeutic boleh didapati dengan harga yang mampu milik.
Ramai yang beranggapan bahawa untuk memiliki manfaat Essential Oil mereka perlu membayar dengan harga yang sangat mahal. Kami di Narinar sangat faham dan mendengar kerisauan orang ramai tentang perkara ini. Justeru, kami menggunakan kepakaran yang ada untuk menghasilkan produk-produk Essential Oils yang berkualiti tinggi dan pastinya sentiasa mengekalkan manfaat optimum pada harga mampu milik.
Pertama, kami dapat menawarkan harga yang lebih mampu milik kerana bahan mentah yang digunakan adalah dari dalam dan luar negara bergantung kepada jenis tumbuhan, pengilangan domestik di dalam Malaysia, kos bahan mentah, operasi dan logistik yang kebanyakannya diserap melalui kitaran ekonomi di dalam negara.
Kami berusaha memberi yang terbaik dari segi kos yang paling optimum, dan memberi penjimatan itu terus kepada anda. Kami yakin dan percaya, dengan mempraktikkan pengilangan domestik terurus dan komitmen jaminan kualiti produk, ini dapat membantu kami untuk mengekalkan kos efisen produk Narinar. Akhirnya inilah produk mampu milik yang sememangnya dinanti-nantikan oleh kita semua rakyat Malaysia.
Kedua, model perniagaan NARINAR ialah melalui pengedar/ konsultan sah dengan 5 jawatan, dengan komisen mengikut pencapaian masing-masing. Jawatan tertinggi iaitu PARTNER hanya terhad kepada seorang bagi setiap Parlimen sahaja.
Model perniagaan ini menyerupai kebanyakan produk di pasaran iaitu dari Kilang ——> Pengedar ——> Pemborong ——> Peruncit ——> Pengguna.
Ini adalah supaya produk-produk NARINAR dapat sampai ke tangan pengguna dengan lebih cepat, konsultasi dapat dilakukan dengan lebih terperinci, di samping dapat berkongsi rezeki perniagaan ini bersama pengedar sah NARINAR dan mereka sama-sama dapat mengeluarkan zakat dan cukai kepada negara.
Dengan kaedah ini, TIADA komisen overidding dan TIADA komisen TANPA HAD pada semua peringkat dan penjimatan ini dapat terus disalurkan kepada pengguna dengan harga produk NARINAR yang jimat serta mampu milik.
Bolehkah Essential Oil Narinar dimakan, atau digunakan secara dalaman?
Ini juga merupakan soalan yang sangat kerap ditanya! Seperti pilihan alternatif lain, terdapat banyak pandangan mengenai apa yang dianggap "selamat" untuk dimakan. Sila buat kajian anda sendiri dan buat pilihan yang sesuai untuk keluarga anda.
Narinar tidak menyarankan penggunaan Essential Oil secara dalaman walau apa pun kualiti yang didefinisikan. Ini selari dengan saranan badan aromaterapi antarabangsa iaitu National Association for Holistic Aromatherapy (NAHA) dan International Federation of Aromatherapists (IFA) yang tidak membenarkan Essential Oil diambil secara dalaman kerana kepekatannya yang sangat tinggi.
Essential Oil disarankan untuk kegunaan aromatik dan topikal. Malah cara ini sebenarnya yang paling efektif.
Penggunaan secara dalaman mestilah mendapat konsultasi dari doktor atau juru-aromaterapi klinikal secara individu basis, bukan secara am.
Apakah cara yang paling mudah untuk mula menggunakan Essential Oil Narinar ?
Essential Oil merupakan bahan aromatik di dalam tumbuhan. Jadi cara paling mudah ialah dengan menggunakan cara aromatik iaitu Diffuser Ultrasonik Narinar atau bauan secara terus.
Adakah Narinar menawarkan kupon diskaun atau penjimatan lain?
Selain menyampaikan manfaat Essential Oil Narinar pada harga mampu milik, kami juga menawarkan harga kombo bagi Diffuser Ultrasonik dengan Essential Oil Narinar. Dengan kombo menarik ini, anda berpeluang mendapatkan manfaat jenis Essential Oil Narinar yang belainan pada harga jimat.
Narinar juga menghargai pelanggan Narinar yang menggunakan produk kami secara berulang. Anda boleh mengumpul mata pembelian, dan redeem produk terpilih Narinar secara percuma. Caranya mudah sahaja! Hanya perlu scan kod QR di setiap produk Narinar, log masuk, dan mula kumpul mata pembelian.
Sekiranya saya telah menggunakan Essential Oil Narinar dan sangat berpuas hati dengan kualiti dan manfaat yang saya terima, bagaimanakah cara untuk saya sebarkan manfaat ini?
Anda boleh bersama dengan konsultan Narinar Squad iaitu pengedar sah Narinar, untuk menyebarkan manfaat ini. Kami menggalakkan konsep ‘saya guna, saya sebar’, di mana anda boleh berkongsi manfaat ini bermula dari Dropship. Untuk keterangan lanjut, anda boleh klik di sini.