Alhamdulillah kita sekarang berada di bulan Ramadan. Walaupun tahun ini memang sangat berbeza dari tahun sebelum-sebelumnya, ibadah puasa dijalankan tetap meriah di rumah. Ada hikmah di sebalik kejadian akhir2 ini. Hubungan keluarga pun semakin akrab daripada biasa. Allright!!! Harini nak share 3 amalan sunat yang digalakkan semasa Ramadan.
LAMBATKAN SAHUR DAN AWALKAN BERBUKA
Bersahur bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW:
“Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.” (HR. Bukhari)
Seleeloknya makan lepas kita solat sunat tahajjud dan solat2 sunat lain.
Untuk berbuka pula, ini merupakan amalan sunat yang mudah sangat nak buat.
Seperti sabda Baginda melalui sebuah hadis:
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR Bukhari dan Muslim)
Menurut riwayat, Rasulullah akan berbuka puasa dengan beberapa butir kurma muda (ruthb atau kurma basah) sebelum melakukan solat (Maghrib). Jika tidak menemukan beberapa kurma muda, maka Baginda berbuka dengan beberapa butir kurma matang (tamr atau kurma kering). Jika tidak menemukannya juga, maka Baginda berbuka dengan beberapa teguk air.
PERINGATAN!!!
JANGAN LAMBATKAN SAHUR SAMPAI LEPAS AZAN SUBUH DAN JANGAN AWAL SANGAT BERBUKA SEBELUM AZAN MAGHRIB!!!
MENGHIDUPKAN 2/3 MALAM
Seperti yang kita tahu, dalam bulan Ramadhan inilah Allah menyembunyikan malam Lailatul Qadr, di mana segala amalan akan dilipatgandakan pahalanya sebanyak 1000 bulan.
Daripada ‘Aisyah RA, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. (Sahih al-Bukhari).
Jika sebelum ini kita sukar untuk bangun malam, inilah waktu yang paling tepat untuk memulakannya walaupun dengan sekecil-kecil amalan.
KERAP BERSEDEKAH
Nabi SAW adalah seorang insan yang paling pemurah, malah Baginda adalah lebih pemurah sewaktu bulan Ramadhan. Dalam salah satu hadis ada menyebutkan tentang keutamaan memberi makan untuk orang berbuka.
“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR Nasa’i dan Tirmidzi)
KESIMPULANNYA
Banyak amalan sunat yang boleh dilakukan semasa Ramadan. Amalan dilipat kali gandakan begitu banyak. Selain itu, malam yang di nantikan oleh seluruh umat islam iaitu malam Qadr yang baik dari 1000 bulan
Oppss tak habis lagi
Untuk mood booster , kekal fokus, dan beretenaga semasa menjalani ibadah bulan Ramadan. Boleh dapatkan essential oil Narinar di store kami
KLIK LINK DI BAWAH INI SEKARANG!!!
https://narinar.com/blogs/artikel/set-pkp-puasa