March 24, 2021 2 min read
LAVENDER ESSENTIAL OIL
Ramai Narinar lovers pastinya amat sukakan tumbuhan semula jadi, menikmati pemandangan tumbuhan yang hijau dan bunga yang berwarna-warni menjadikan hari- hari anda sangat indah. Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Cameron Highlands sudah tentu mengetahui bahawa Cameron Highlands adalah tempat pertama di Malaysia yang menawarkan pengunjung untuk melihat dan menikmati sendiri kecantikan bunga Lavender. Lavender Garden ini tidak besar mana namun lumayan untuk sesiapa yang sukakan tanaman dan bunga-bunga.
Apabila bercerita mengenai Lavender Garden pasti anda ingin terus menikmati aroma Lavender umpama anda berada di tengah- tengah ladang Lavender. Kini anda dapat menikmati dan menghidu wangian aromatik Lavender di segenap ruang rumah anda dengan hanya memasang diffuser dan menggunakannya bersama Lavender Essential Oil. Lavender Essential Oil merupakan antara Essential Oil yang sangat digemari kerana manfaat dan aromanya yang wangi dan menenangkan.
SEJARAH LAVENDER
Lavender secara asalnya banyak ditanam di kawasan yang dikelilingi oleh Laut Mediterranean, Selatan Eropah, menyeberang ke Utara dan Timur Afrika. Lavender ini diusahakan secara meluas di iklim sederhana sebagai tumbuhan hiasan untuk kegunaan taman dan landskap, herba masakan, dan juga diusahakan secara komersial.
PEPPERMINT ESSENTIAL OIL
Peppermint atau lebih dikenali sebagai daun pudina terkenal dengan aromanya yang dingin dan menyegarkan. Bagi peminat yang menyukai minuman detoks seperti air campuran lemon dan peppermint, pasti merasa kesegaran dan kebaikan daun pudina itu sendiri.
Peppermint juga terkenal dalam resipi masakan Melayu dan Barat. Antara resipi popular yang menggunakan peppermint ialah ramuan ulaman untuk laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani serta perasa untuk kek dan puding. Peppermint digunakan dalam pelbagai aneka resipi masakan kerana aromanya yang wangi.