Penat & Letih Seharian Berpuasa? 3 Tips Ajaib Ayah & Ibu Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Penat & Letih Seharian Berpuasa? 3 Tips Ajaib Ayah & Ibu Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadhan

 

"Pukul 10 saya dah start lapar, aduhh.. lama lagi nak berbuka."

Mesti situasi di atas pernah berlaku kan? Padahal sebelum subuh dan sahur nasi berlauk dah, pelik juga pukul 10 pagi dah lapar. Belum lagi nak mengharungi seharian dengan anak anak yang aktif lagi. Hal ini kerana, ada berlaku ‘kesilapan’ dalam diet kita ketika bulan puasa. Cepat rasa lapar dan letih adalah sindrom biasa dalam kalangan diri kita ketika berpuasa. Jadi, untuk mengelakkan mulut asyik sebut lapar dan letih ketika berpuasa ni, apa kata anda guna 3 tips ajaib ini untuk kekal aktif dan bertenaga sampai berbuka!
 .
 
1. MINUM BANYAK AIR

Perkara yang paling mudah untuk dilakukan untuk sentiasa kekal aktif adalah minum air dengan secukupnya. Sangat penting untuk kita ketika berpuasa untuk minum air dengan cukup pada malam hari dan ketika bersahur. Tapi ingat! Digalakkan untuk minum air manis tapi jangan melebihi kandungan air kosong yang anda patut minum. Bila badan mempunyai kandungan air yang cukup, maka badan akan kurang berasa letih, lesu dan muka pun makin berseri-seri betul tak? Dehidrasi pun tidak akan berlaku.
 .
2. MAKAN MAKANAN YANG SIHAT SEMASA BERSAHUR

Ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap orang. Makanan semasa sahur adalah seperti sarapan kalau hari biasa. Jadi, pastikan anda tidak mengamalkan makanan yang pedas dan terlalu banyak minyak ketika sahur. Makanan sebegini akan menambahkan rasa tidak selesa kepada perut dan akan membuatkan perut anda lapar. Sebaliknya, makan makanan yang kurang minyak, sayur-sayuran dan buah-buahan ketika sahur supaya khasiat yang diperolehi dapat menampung tenaga seharian. Terutama digalakkan makan kurma. Sunnah Rasul pun menggalakkan makan kurma.
 .
3. DAPATKAN REHAT DAN TIDUR YANG SECUKUPNYA

Apabila selesai berbuka dan berterawih, jangan pula melengah-lengahkan masa untuk tidur ya. Untuk kekal aktif ketika berpuasa pada siang hari, tidur yang cukup juga amat membantu. Ini kerana anda perlu bangun untuk sahur esok hari. Kalau tidur dah lambat, macam mana nak bangun sahur? Kalau sahur awal sangat,nanti esok cepat lapar pula. Oleh itu, amalkan dan susun semula jadual tidur untuk tidur sebelum pukul 12 tengah malam supaya anda akan bertenaga untuk bangun sahur dan bekerja pada keesokkan hari.
.
Ibadah puasa adalah ibadah yang dinantikan oleh seluruh umat Islam kerana dengan ganjaran yang lumayan di kurniaan Allah. Oleh itu, semua islam di dunia berebut untuk dapatkan ganjaran dari Allah. Namun begitu, ibadah puasa memerlukan tenaga yang banyak.
.
Ini 3 tips untuk kekal bertenaga berpuasa di bulan Ramadan. Dan saya nak tambah lagi satu tips ajaib untuk korang. Untuk kekalkan tenaga ketika Ramadan boleh dapatkan Essential Oil untuk sentiasa bertenaga. Sebab Essential Oil mampu membantu anda untuk dapatkan tidur nyenyak, kekal bertenaga dan sihat.
.
So, dah ada tips ajaib ni. Tiada masalah lagi untuk kita untuk menunaikan ibadah puasa dengan aktif dan ceria!
.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Essential Oil Narinar
BOLEH KLIK GAMBAR ATAU LINK DI BAWAH
 

-SET PROMOSI NARINAR-

Back to blog